9 December 2025

Ada kaitan ke goiter dan TIRADS?

December 09, 2025 0 Comments
Perkataan goiter mungkin biasa didengar oleh mereka yang alami masalah tiroid, namun tak ramai yang betul-betul faham apa kaitannya dengan bacaan TIRADS. 

Bila doktor cakap ada goiter, kemudian keluar pula keputusan ultrasound yang menyebut “TIRADS 2” atau “TIRADS 4”, ramai terus risau dan terbayang yang bukan-bukan. Sebenarnya, dua istilah ini adalah perkara yang berbeza ye. 

Goiter sebenarnya ialah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi lebih besar daripada biasa. Penyebabnya pula macam-macam. Ada yang sebab kekurangan iodin, ada akibat ketakseimbangan hormon, ada sebab keradangan dan ada juga sebab wujudnya nodul atau ketulan kecil dalam kelenjar tiroid itu sendiri. 

Goiter tak semestinya bahaya, tapi ia petanda bahawa tiroid kita perlukan perhatian. Di sinilah ramai mula keliru tentang TIRADS. 

TIRADS bukan penanda goiter dan bukan jugak “tahap penyakit tiroid”. TIRADS sebenarnya adalah sistem skor yang doktor gunakan untuk menilai sama ada nodul tiroid itu berisiko rendah atau tinggi untuk jadi kanser. 

Maksudnya, seseorang hanya akan dapat bacaan TIRADS kalau dalam goiter itu ada nodul. Kalau tiroid hanya membesar secara menyeluruh tanpa ketulan, selalunya takde sebab untuk memberikan skor TIRADS.

Cara paling mudah untuk memahami hubungan goiter, nodul dan TIRADS adalah dengan membayangkan goiter sebagai sebuah rumah. 

Ada kaitan ke goiter dan TIRADS?

Rumah itu membesar, tapi persoalannya ialah, adakah rumah itu ada tetamu yang mencurigakan? Nodul ialah tetamu itu. TIRADS pula ialah cara doktor menilai sama ada tetamu tadi “baik-baik saja” atau perlu diperiksa lebih lanjut. 

Semakin tinggi skor TIRADS, semakin tinggi risiko nodul itu perlu diuji dengan lebih mendalam, seperti melalui prosedur FNA (Fine Needle Aspiration).

Sebab itu, bila seseorang diberitahu mereka ada goiter dan nodul dinilai sebagai TIRADS 2 atau TIRADS 3, ia bukan bermaksud mereka ada kanser. Ia hanya bermaksud doktor sedang menilai ciri-ciri nodul tersebut, sama ada bentuknya, sempadannya, cara ia memantulkan ultrasound dan beberapa faktor lain. 

Ramai orang panik bila nampak angka, sedangkan hakikatnya kebanyakan nodul tiroid adalah jinak dan hanya perlu pemantauan berkala.

Namun begitu, apa pun keadaan tiroid, tanda-tanda awal memang tak boleh diabaikan. Sama ada leher nampak bengkak, suara jadi serak tanpa sebab jelas, rasa susah menelan, jantung berdebar atau tubuh cepat letih, semuanya patut diberi perhatian. 

Pemeriksaan tiroid bukan menyakitkan, hanya ultrasound tapi kesannya boleh membantu kita mencegah masalah lebih besar di kemudian hari.

Kesihatan tiroid mungkin nampak kecil kalau dibandingkan dengan organ lain, tapi kesannya pada tenaga, mood, metabolisme dan keseluruhan fungsi badan sangat besar. Awareness tentang goiter dan TIRADS sangat penting supaya masyarakat lebih faham, kurang takut dan lebih cepat bertindak bila ada tanda-tanda awal.

Dan paling penting, jangan biarkan istilah perubatan membuatkan kita panik. Yang penting ialah faham apa yang berlaku pada tubuh, tahu apa yang perlu dipantau dan buat pemeriksaan sebelum keadaan menjadi lebih rumit. Tiroid kecil saja saiznya, tapi penjagaannya jangan dibuat main.

30 petua kesihatan tradisional melayu: Minyak kayu putih.

December 09, 2025 0 Comments
Minyak kayu putih ni memang antara benda wajib ada dalam setiap rumah. Bau dia je dah cukup buat kita rasa lega. Bau pedas-pedas lembut gitu, terus teringat urutan mak masa kecil dulu bila selsema atau perut kembung.

Sebenarnya, minyak ni diperbuat daripada daun pokok kayu putih (nama saintifiknya Melaleuca cajuputi), dan dari dulu lagi orang guna untuk pelbagai kegunaan harian.

30 petua kesihatan tradisional melayu: Minyak kayu putih.

Antara kegunaan minyak kayu putih yang popular adalah:

1. Legakan kembung perut bayi. - Sapukan minyak kayu putih di perut dan tapak kaki bayi secara perlahan. Petua turun-temurun ni mak-mak dulu selalu buat lepas mandikan baby. Anak tidur lena, perut pun lega.

2. Hilangkan pening kepala. - Titiskan minyak kayu putih pada tisu dan hidu perlahan-lahan. Kalau sakit kepala sebab sejuk atau angin, cara ni sangat membantu!

3. Melegakan gigitan serangga. - Gigitan nyamuk, semut api atau serangga? Sapukan sikit minyak kayu putih, insyaAllah gatal berkurang, bengkak pun surut.

4. Panaskan badan lepas hujan. - Balik dari hujan, sapu minyak kayu putih kat dada dan belakang badan. Badan rasa suam, tak masuk angin.

5. Legakan sakit sendi ringan. - Sapu dan urut perlahan kat lutut, bahu atau lengan yang lenguh. Minyak kayu putih ada efek panas yang bantu lancarkan darah.

6. Lega selsema dan hidung tersumbat. - Titiskan atas tuala, tekapkan ke hidung atau dada. Nafas jadi lebih lega, tak rasa sempit.

7. Kurangkan sakit perut masuk angin. - Sapu di kawasan perut, urut ikut arah jam. Ini petua orang lama kalau perut rasa tak sedap.

8. Minyak ‘wajib’ dalam beg mak-mak. - Ke mana saja pergi, minyak kayu putih mesti ada. Untuk anak, suami, diri sendiri. Penyelamat sejati!

9. Melegakan senggugut ringan. - Sapu di kawasan bawah perut dan urut perlahan. Rasa hangat tu bantu kurangkan rasa sengal.

10. Redakan rasa mual atau loya. - Kalau loya masa mengandung, cuba hidu minyak kayu putih. Tenang sikit perut dan kepala.

11. Pulihkan angin pasang bayi. - Orang dulu selalu sapu minyak ni kat ari-ari baby lelaki. Tradisi ni masih ramai ikut sampai sekarang.

12. Elak masuk angin waktu malam. - Sebelum tidur, sapu sikit kat dada dan tapak kaki. Rasa lebih nyaman dan tidur lebih lena.

13. Pulihkan kaki kebas masa tidur. - Urut kawasan yang kebas dengan minyak kayu putih. Panas dia bantu aliran darah kembali lancar.

14. Peneman waktu travel jauh. - Dalam kereta atau flight, minyak ni bantu elak pening, loya dan kesejukan. Letak je dalam poket!

15. Kurangkan batuk berkahak. - Sapu pada dada dan belakang, terutama lepas mandi. Bau herba dia bantu cairkan kahak.

16. Tenangkan bayi menangis malam. - Kadang baby tak selesa sebab angin. Sapu sikit je minyak ni kat perut dan belakang badan dia.

17. Guna semasa berurut tradisional. - Ramai tukang urut Melayu suka guna minyak kayu putih sebab hangat dia sedap dan masuk ke dalam urat.

18. Halau angin dalam badan lepas bersalin. - Mak-mak pantang dulu guna minyak ni sapu seluruh badan. Angin keluar, badan rasa ringan.

19. Baik untuk demam selsema kanak-kanak. - Sapu kat tengkuk, dada dan tapak kaki. Jangan lupa stokin, biar hangat kekal.

20. Atasi mabuk perjalanan. - Anak pening naik kereta? Sapukan minyak kat perut, dada dan hidu sikit. Kurang loya dan muntah.

21. Bantu pulihkan sakit urat lepas bersukan. -Lenguh kaki atau lengan? Sapu minyak kayu putih dan urut perlahan.

22. Kurangkan hidung tersumbat bayi. - Letak sikit dekat tuala atau baju, jangan terus pada kulit bayi. Bau dia bantu buka rongga hidung.

23. Hangatkan tapak kaki yang sejuk. - Cuaca sejuk? Sapukan minyak dan pakai stokin. Panas dia tahan lama!

24. Tenangkan gigitan pacat masa hiking. - Kalau kena gigit pacat, sapu je minyak ni. Gatal dan bengkak cepat surut.

25. Teman setia tukang urut kampung. - Minyak kayu putih ni ‘hero’ masa mengurut, sama naik dengan tangan tukang urut tu.

26. Elak masuk angin bila malam berangin. -Sebelum tidur, sapu kat belakang badan. Takde dah sakit urat bila bangun esok pagi.

27. Bantu hilangkan penat kaki berdiri lama. - Cikgu, makcik rewang, atau siapa-siapa yang banyak berdiri. Urut kaki dengan minyak kayu putih lepas maghrib, nikmat!

28. Penyelamat lepas main hujan masa kecil. -Dulu-dulu, main hujan dah biasa. Tapi lepas tu, mak mesti sapu minyak ni kat dada. Tak kena demam!

29. Hidung tersumbat waktu tidur malam. -Titiskan sikit kat sapu tangan dan letak sebelah bantal. Hidung lega, tidur pun lena.

Kesimpulannya, minyak kayu putih bukan sekadar minyak, ia pelengkap rumah orang Melayu. Dari baby sampai atuk nenek boleh guna. Tak hairanlah minyak kayu putih jugak jadi barang wajib dalam beg bila travel atau balik kampung. Simple, tapi banyak jasa.

8 December 2025

Penjagaan gigi penting untuk penggemar coklat, jangan sampai gigi rosak!

December 08, 2025 0 Comments
Kalau korang jenis yang memang tak boleh hidup tanpa coklat, setiap hari mesti nak kunyah sikit atau time stress terus capai coklat, haaa, perkongsian ni khas untuk korang! Hihi. Walaupun coklat tu sedap ya amat, manis, lembut, cair dalam mulut, tapi jujur kita kena akui, kalau tak jaga gigi betul-betul, boleh jadi musuh utama gigi kita juga.

Bila kita makan coklat, gula yang ada dalam coklat tu akan bercampur dengan bakteria dalam mulut. Campuran tu akan hasilkan asid yang boleh hakis lapisan enamel gigi. Lama-lama, muncullah masalah seperti gigi berlubang, bau mulut dan gusi bengkak. Macam risau je kan? Tapi jangan risau, penggemar coklat masih boleh kekal senyum manis asalkan tahu cara jaga gigi dengan betul.

Lepas makan coklat, perkara paling mudah dan penting, kumur mulut dengan air kosong. Jangan terus biarkan sisa manis tu melekat dalam mulut. Kalau boleh, gosok gigi lepas 30 minit makan coklat. Kenapa bukan terus? Sebab lepas makan, gigi kita masih lembut disebabkan asid. Jadi tunggu sekejap baru gosok, supaya enamel tak cepat haus.

Penjagaan gigi penting untuk penggemar coklat, jangan sampai gigi rosak!

Kalau korang jenis yang kerap makan coklat waktu kerja atau sambil tengok drama, bawalah berus gigi kecil atau floss dalam beg. Floss ni penting tau, sebab sisa coklat kadang melekat celah gigi, haaa kat situ lah bakteria suka berpesta. 

Selain tu, minum air kosong banyak pun sangat membantu. Air bantu cuci sisa gula dan kekalkan kelembapan dalam mulut. Kalau mulut kering, bakteria senang membiak. Haa, jadi lepas kunyah coklat, elakkan terus minum air manis lain ya. Cukup dengan air kosong dulu.

Dan satu lagi tips penting, pilih coklat yang lebih dark atau kurang gula. Dark chocolate sebenarnya lebih baik untuk gigi berbanding coklat susu biasa. Kandungan kokonya tinggi, gula pula rendah. Jadi kurang risiko gigi rosak, tapi tetap puas rasa coklat tu.

Akhir sekali, jangan skip jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kadang kita rasa gigi sihat, tapi ada lubang kecil yang kita tak perasan pun. Bila doktor bersihkan plak dan periksa awal-awal, gigi pun kekal kuat dan bersinar.

Pendek kata, penggemar coklat masih boleh terus menikmati coklat kesayangan korang asalkan jaga rutin kebersihan mulut dengan konsisten. Nikmat manis coklat tetap boleh rasa, tanpa perlu risau gigi reput atau nafas berbau. Gitu. 

7 December 2025

30 petua guna aloe vera.

December 07, 2025 0 Comments
Aloe buaya ni, nampak je biasa-biasa tapi khasiat dia, luar biasa. Mak-mak zaman dulu siap tanam tepi rumah je. Kalau anak luka ke, terus petik sapu.

30 petua guna aloe vera.

1. Aloe vera untuk luka kecil. - Luka terguris pisau masa potong bawang? Belah daun lidah buaya, sapu gel tu je kat luka. Cepat kering, cepat sembuh. Petua nenek dulu-dulu.

2. Aloe vera legakan kulit melecur. - Terkena minyak panas masa goreng ikan? Jangan panik. Ambil lidah buaya, sapu gel dia. Rasa sejuk tu legakan sangat!

3. Lidah buaya untuk hilangkan gatal gigitan nyamuk. - Anak kena gigit nyamuk? Potong sikit daun aloe vera, sapu kat kawasan gatal. Tak payah calar-calar kulit lagi.

4. Aloe vera untuk masalah kulit kepala berkelumumur. -  Campurkan gel aloe vera dengan sedikit minyak zaitun. Sapu kat kulit kepala. Biar 30 minit, cuci macam biasa. Kulit kepala rasa lega sangat!

5. Gel aloe vera sejukkan kulit sunburn. - Balik dari pantai muka merah macam udang bakar? Sapu aloe vera. Rasa nyaman dia memang best!

6. Aloe vera untuk jerawat halus. - Calit sikit gel aloe vera kat jerawat sebelum tidur. Esok pagi, jerawat dah surut. Tak payah picit!

7. Lidah buaya sebagai pelembap muka semula jadi.  - Tak perlu beli krim mahal. Ambil je gel aloe vera asli, sapu nipis setiap malam. Kulit makin lembap dan glowing.

8. Aloe vera bantu cerahkan kulit kusam. - Campur gel aloe vera dengan sedikit madu. Pakai sebagai mask 2 kali seminggu. Hasil dia, kulit cerah semula jadi.

9. Lidah buaya untuk bibir merekah. - Sapu gel aloe vera kat bibir waktu malam. Bibir lembut je keesokan hari.

10. Rawat tumit kaki merekah. - Sapu gel aloe vera pada tumit setiap malam sebelum tidur. Pakai stokin. Pagi esok lembut je rasa!

11. Lidah buaya untuk rambut gugur. - Amalkan sapu gel aloe vera pada kulit kepala 3 kali seminggu. Rambut kurang gugur, makin lebat.

12. Aloe vera bantu hilangkan parut jerawat. - Konsisten sapu gel aloe vera kat parut jerawat. Dalam 2 minggu dah boleh nampak beza.

13. Lidah buaya sebagai toner semula jadi. - Letak gel aloe vera dalam botol spray. Sembur kat muka lepas cuci muka. Segar!

14. Gel aloe vera kurangkan rasa gatal ekzema. - Sapu perlahan gel aloe vera kat kawasan ekzema. Kurang gatal, kurang merah.

15. Aloe vera kurangkan lingkaran gelap bawah mata. Letak gel aloe vera bawah mata setiap malam. Bye-bye panda eyes!

16. Lidah buaya untuk masalah ruam bayi. - Anak naik ruam? Sapu gel aloe vera. Selamat dan lembut untuk kulit bayi.

17. Aloe vera untuk kulit tangan kasar. - Sapu gel aloe vera setiap lepas basuh pinggan. Lembut dan licin balik tangan kita.

18. Gel aloe vera sebagai primer solekan. - Sapu sikit sebelum pakai bedak. Melekat elok, tak bercapuk.

19. Lidah buaya bantu masalah kulit bersisik. - Bercampur gel aloe vera dengan minyak kelapa. Sapu kat tempat kering. Kulit tak bersisik dah!

20. Aloe vera sebagai aftershave alami. - Sapu lepas cukur misai atau kening. Tak pedih, tak naik merah.

21. Lidah buaya untuk perut sensitif. - Sedikit jus aloe vera bantu tenangkan perut berangin atau gastrik. Tapi jangan berlebihan ya!

22. Aloe vera bantu masalah mulut berbau. - Kumur air rendaman aloe vera. Bau mulut berkurang, rasa bersih.

23. Lidah buaya sebagai pencuci muka. - Campur gel aloe vera dengan oat kisar. Skrub seminggu sekali, buang sel kulit mati.

24. Aloe vera untuk tangan melecet. - Sapu je gel aloe vera. Lembutkan kulit yang tercedera lepas angkat barang berat.

25. Gel aloe vera untuk stress. - Sapu gel aloe vera sambil urut lembut kat leher dan bahu. Rasa tenang tu datang perlahan-lahan.

26. Aloe vera rawat kulit kering masa mengandung. - Ibu mengandung kulit sensitif? Gunakan aloe vera untuk kurangkan kering dan gatal di perut.

27. Lidah buaya bantu kulit lepas berpantang. - Kulit kusam lepas bersalin? Mask muka guna aloe vera dan madu seminggu dua kali. Naik seri!

28. Aloe vera segarkan mata letih. - Letak gel aloe vera dalam peti sejuk. Bila mata penat, sapu sikit. Segar rasa!

29. Aloe vera bantu pencernaan. - Jus aloe vera (yang disahkan selamat diminum) boleh bantu sistem penghadaman dan masalah sembelit ringan.

30. Lidah buaya rawat kulit tangan lepas mop rumah. - Tangan kasar sebab sabun mop lantai? Jangan risau, gel aloe vera kan ada. Sapu je, lembut semula tangan mak-mak.

Moga bermanfaat. 

6 December 2025

Nak kulit bersih berseri? Jom follow langkah mudah ni!

December 06, 2025 0 Comments
Siapa je yang tak nak kulit wajah yang bersih, sihat dan berseri-seri, kan? Kadang-kadang, kita rasa macam dah cuci muka betul-betul, tapi kenapa masih ada jerawat atau kulit masih nampak kusam?

Sebenarnya, mencuci wajah ini ada tekniknya, lebih-lebih lagi bila kita terdedah dengan macam-macam kotoran dan pencemaran sepanjang hari. Ia bukan sekadar membilas dengan cleanser, tapi ada langkah-langkah yang perlu kita ikuti untuk pastikan segala sisa kotoran dan minyak betul-betul hilang. 

Nak kulit bersih berseri? Jom follow langkah mudah ni!

Jom kita baca, cara sebenar cuci wajah yang hanya ada langkah mudah sahaja!

Bersihkan tangan korang dulu.
Ini adalah langkah pertama yang paling asas, tapi selalu sangat kita terlepas pandang. Cuba bayangkan, tangan kita dah sentuh macam-macam benda, penuh dengan kuman dan kotoran. 

Kalau kita terus sentuh muka, semua kotoran itu akan berpindah ke wajah pulaj. Jadi, sebelum mula, cuci tangan dengan sabun dan air bersih. Anggaplah tangan kita sebagai 'alat' pertama yang mesti steril sebelum menyentuh kulit wajah yang sensitif.

Buang dulu 'lapisan' solek dan sunscreen.
Kalau korang pakai solekan (mekap) atau krim pelindung matahari, jangan terus capai pencuci muka biasa! Produk-produk ini, terutamanya yang kalis air, sangat degil dan susah nak hilang dengan pencuci muka biasa sahaja. 

Gunakanlah dulu makeup remover, micellar water, atau cleansing oil, istilah popularnya, kita buat double cleansing. Langkah ini penting untuk melarutkan dan mengangkat semua solekan dan sunscreen dari permukaan kulit. Barulah pencuci muka kita nanti boleh fokus membersihkan liang pori.

Basahkan wajah dengan air suam-suam kuku.
Selepas segala mekap sudah ditanggalkan, kini masanya untuk membasahkan wajah. Guna air yang suam-suam kuku, jangan panas sangat atau sejuk sangat. 

Air suam ni membantu untuk 'membuka' sikit liang pori dan melembutkan kotoran, membolehkan pencuci muka bekerja dengan lebih berkesan. 

Kalau pakai air panas, kulit boleh jadi kering, manakala air sejuk pula tak dapat melonggarkan minyak dengan baik.

Picit dan sapu pencuci muka dengan lembut.
Ambil pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit korang. Picit sedikit sahaja, lebih kurang sebesar syiling 20 sen. Gosokkan di tapak tangan hingga berbuih (kalau jenis berbuih). 

Kemudian, sapukan pada seluruh wajah dan leher. Pergerakan yang korang buat sangat penting. Urutlah wajah secara membulat (circular motion) dengan jari manis dan jari hantu selama lebih kurang 60 saat. 

Urutan yang lembut ini membantu melancarkan peredaran darah dan memastikan semua kotoran dalam liang pori ditarik keluar. Ingat, jangan menggosok kasar!

Bilas sampai bersih tanpa sisa.
Bilas wajah anda dengan air bersih, sekali lagi air suam-suam kuku pun boleh. Pastikan tiada satu pun sisa buih sabun yang tertinggal pada wajah, terutamanya di kawasan seperti garis rambut, tepi hidung dan di bawah dagu. 

Sisa sabun ini boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan iritasi. Bila korang rasa kulit sudah bersih licin tanpa rasa melekit atau bersabun, barulah selesai membilas.

Keringkan wajah secara 'tepuk-tepuk'.
Langkah mengeringkan wajah pun ada caranya. Jangan ambil tuala mandi yang tebal dan gosok muka macam nak sental lantai! Kulit wajah kita ni sensitif. 

Ambil tuala bersih yang lembut atau lebih bagus lagi, tuala khas untuk muka (atau tisu) dan tepuk-tepuk wajah dengan sangat lembut. Jangan digosok! 

Tepukan lembut ni membantu mengelakkan iritasi dan membiarkan sedikit kelembapan kekal pada kulit, yang bagus untuk langkah seterusnya.

Segerakan aplikasi produk skincare seterusnya.
Sebaik sahaja wajah korang kering secara 'tepuk-tepuk', jangan tunggu lama-lama! Dalam masa 60 saat selepas mengeringkan wajah, terus sapukan toner, serum, atau pelembap (moisturizer) korang. 

Kenapa kena cepat? Sebabnya, bila kulit masih dalam keadaan lembap sedikit, ia lebih mudah untuk menyerap produk penjagaan kulit korang dengan lebih berkesan. Pelembap ini akan 'mengunci' kelembapan yang ada dan memastikan kulit anda sentiasa terhidrat dan terlindung.

Itulah 7 langkah mudah yang sebenarnya sangat berbeza dengan sekadar mencuci muka secara sambil lewa. 

Dengan mengamalkan rutin ini setiap pagi dan malam, korang bukan sahaja mendapat kulit yang bersih, malah korang sedang melabur untuk kulit yang lebih sihat, kurang masalah jerawat dan berseri-seri dari hari ke hari! 

Selamat mencuba!

5 December 2025

Cara semulajadi rawat rabun mata dengan selamat.

December 05, 2025 0 Comments
Bila usia meningkat, mesti ramai antara kita yang mula rasa mata tak seterang dulu. Tulisan jauh nampak blur, kena kecikkan mata kalau nak baca papan tanda atau asyik nak tambah brightness bila tengok. 

Sebenarnya ada beberapa cara semulajadi yang boleh bantu kurangkan masalah rabun peringkat awal atau sekurangnya memperlahankan proses mata makin lemah. Asalkan kita konsisten dan janganlah expect hasilnya dalam sehari dua. Kena sabar okey. 

Cara semulajadi rawat rabun mata dengan selamat.

Pertama sekali, biasakan buat eye exercise. Contoh paling mudah, teknik 20-20-20. Setiap 20 minit tengok skrin, pandang objek sejauh 20 kaki selama 20 saat. Ini bantu legakan otot mata yang tegang. Boleh juga buat senaman fokus, pandang jari rapat pada muka, kemudian alihkan fokus pada objek jauh. Ulang perlahan-lahan.

Pemakanan pun main peranan besar. Mata kita sebenarnya suka sangat dengan makanan tinggi vitamin A, C dan omega-3. Macam carrot, bayam, ikan salmon, chia seed, telur ayam kampung dan buah-buahan warna oren atau kuning. 

Kalau suka jus, buat carrot dengan oren dan sedikit lemon. Gabungan ni bukan saja sedap, tapi memang kuat untuk kesihatan retina. Elakkan sangat minuman manis berlebihan sebab gula berlebihan boleh percepatkan rabun.

Selain tu, cahaya yang betul masa guna phone atau laptop sangat penting. Jangan tengok phone dalam gelap dan bila kerja depan skrin, pastikan lampu tak terlalu suram atau terlalu terang. 

Mata cepat rosak bila asyik stres tak stabil dengan cahaya. Dan paling ramai tak sedar, tidur cukup minimum 6–7 jam sebenarnya antara ‘rawatan’ natural terbaik untuk mata. Tidur yang cukup bantu regenerate sel mata secara semula jadi.

Kesimpulannya, rabun bukan terus hilang 100% dengan petua semulajadi, tapi boleh banyak bantu kurangkan kebergantungan kepada cermin mata kalau diamalkan berterusan. Rahsianya cuma satu, konsisten dan jaga gaya hidup yang mesra mata. Bila badan sihat, mata pun ikut sihat.

4 December 2025

Jenis susu di pasaran, mana yang sesuai untuk korang?

December 04, 2025 0 Comments
Kat pasaran sekarang ni ada macam-macam jenis susu, sampai ada yang pening nak pilih. Susu lembu, susu oat,  low fat, full cream, A2, lactose-free. Macam-macam istilah keluar. Apa kata jom kita baca apakah jenis-jenis susu yang biasa ada kat pasaran, beza fungsi setiap satu dan mana yang mungkin sesuai dengan korang.

Jenis susu di pasaran, mana yang sesuai untuk korang?

Susu full cream (Susu penuh krim).
Ini pilihan paling ‘original’. Lemak lebih tinggi, rasa lebih creamy, kenyang lebih lama. Sesuai untuk kanak-kanak, individu nak tambah berat badan, energy booster.

Susu low fat (Susu rendah lemak).
Versi lebih ringan dari full cream tapi masih ada lemak sihat. Sesuai untuk diet ringan, jaga kolesterol, mak ayah yang umur dah 30an ke atas.

Susu skim (Tanpa lemak).
Hampir tiada lemak langsung. Kalori paling rendah dalam keluarga susu lembu. Sesuai untuk weight loss serius, kawal kalori harian, pesakit jantung/kolesterol.

Susu A2.

Datang dari lembu khas yang hasilkan protein A2 saja (bukan A1). Ramai kata lebih senang hadam. Sesuai untuk perut mudah bloated lepas minum susu biasa.

Susu lactose-free.
Tingkat laktase ditambah untuk bantu tubuh hadam. Sesuai untuk yang dah tahu diri lactose intolerance (minum susu terus cirit perut berbunyi).

Susu tanpa gula (no sugar added).
Biasanya untuk diabetes-friendly, tapi kena baca label juga. Kadang “no sugar” tapi ada pemanis lain. Sesuai untuk diabetes, diet kendiri gula, kawal insulin.

Susu plant-Blbased (Almond / oat / soy dan lain-lain).
Ini bukan susu haiwan. Lebih kepada alternatif bagi gaya hidup vegan atau yang alah protein lembu.

- Susu oat: rasa macam mild cereal, favourite coffee latte shop sekarang
- Susu almond: sangat light tapi kurang protein.
- Susu soya: paling tinggi protein antara plant-based.
- Sesuai untuk: vegan, lactose intolerance, nak cuba lifestyle lebih ringan dan eco-friendly.

Kesimpulannya, tak ada satu susu yang boleh dikatakan “paling bagus untuk semua orang”. Yang penting adalah tujuan korang pilih susu tu. Nak tambah berat? Nak jaga gula? Nak elak cirit? Nak rasa sedap je? Dari situ baru senang pilih yang sesuai.

Di kala usia 40-an.

December 04, 2025 8 Comments
Masuk usia 40-an sebenarnya satu fasa yang sangat istimewa. Ia bukan lagi tentang mengejar dunia semata-mata, tapi mula beralih kepada mencari ketenangan, makna hidup dan persediaan untuk akhirat. Badan pun dah tak sama macam dulu, tenaga semakin berkurang dan masa pula terasa makin cepat berlalu. 

Sebab itulah pada usia ini, kita digalakkan untuk mula mengurangkan beberapa perkara yang membebankan diri dan dalam masa yang sama memperbanyakkan perkara yang membawa manfaat untuk dunia dan akhirat.

Contohnya, kita disarankan untuk kurangkan makan berlebihan dan mula membiasakan diri berpuasa, sama ada puasa sunat atau sekadar mengawal kuantiti makanan. Bukan sekadar untuk kesihatan fizikal, tapi juga untuk mendisiplinkan diri dan menundukkan nafsu. 

Begitu juga dengan percakapan. Makin banyak kita bercakap, makin besar kemungkinan kita tersilap kata. Jadi lebih baik kurangkan bercakap perkara yang tidak berfaedah dan gantikan dengan memperbanyakkan zikir, istighfar dan selawat agar hati lebih tenang.

Di kala usia 40-an.

Waktu tidur pula, bukan bermaksud kita perlu menyeksa diri, tapi elok kalau dapat kurangkan tidur yang berlebihan dan gunakan sedikit masa malam untuk beribadah, walaupun hanya beberapa minit untuk solat sunat dan berdoa. Ia boleh jadi sumber ketenangan dan kekuatan jiwa yang luar biasa. 

Dalam masa yang sama, kita juga digalakkan mengurangkan gaya hidup bermewah-mewah dan mula memperbanyakkan sedekah. Tidak semestinya wang, boleh jadi dalam bentuk doa, tenaga, senyuman atau bantuan kecil kepada orang lain.

Pada usia ini juga, hubungan sosial perlu lebih terkawal. Kurangkan pergaulan yang melalaikan dan banyakkan masa untuk bermuhasabah diri, menilai apa yang telah dan belum kita capai, dosa yang perlu dibaiki dan amalan yang perlu dipertingkatkan. 

Bila berdepan ujian hidup, cubalah kurangkan mengeluh. Sebaliknya, banyakkan berdoa dan mengadu kepada Allah kerana menghadapkan segala keluh kesah kepada manusia tidak akan mengubah apa-apa, malah kadang-kadang hanya menambahkan beban di hati.

Fokus hidup juga mula perlu diubah. Kurangkan mengejar aktiviti yang hanya memberi keuntungan dunia dan tambah aktiviti yang bermanfaat untuk akhirat. Hati-hati juga dalam soal meminta. Kurangkan meminta kepada manusia dan biasakan diri untuk memberi, walaupun sedikit. 

Dan yang paling penting, jangan terlalu bergantung kepada manusia kerana manusia juga serba kekurangan. Gantungan sebenar hanyalah kepada Allah SWT, yang tak pernah lalai dan tak pernah mengecewakan hambaNya.

Kesimpulannya, usia 40 bukan penamat kehidupan, tetapi sepatutnya menjadi titik tolak untuk kehidupan yang lebih bermakna. Lebih sederhana, lebih tenang, lebih dekat dengan Tuhanbdan lebih bersedia untuk apa yang menanti selepas kehidupan di dunia ini.

Begitulah.